Online Diary Bicara Hati..: RAMADHAN IS COMING !!!

Monday 8 July 2013

RAMADHAN IS COMING !!!

heloo..
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha Pengasihani..Maaf kepada sahabat semua sebab dha lama x update blog.cehh wahh mcm lahh ad yg nak baca..Syukur kepada Allah kerana masih dikurniakan kesihatan untuk menghadapi hari-hari mendatang.
macam cpt je masa berlalu kan?? bulan sya'ban dah nak melabuhkan tirai dahh ni ..lusa da nak puasa da.. 1 ramadhan 1434H jatuh pada hari rabu , 10 julai 2013..apa kata hari terakhir ni kita check balik ilmu tntg bulan ramadhan..boleh??..petama..niat puasa..kedua..syarat2 sah puasa..ketiga..syarat2 wajib puasa..keempat..perkara2 yg membatalkan puasa dan amalan2 sunat ketika berpuasa..haishh skrg zaman canggih..maklumat semua dihujung jari je..tinggal korg search kat google konfem dpt maklumat yg korg perlukan..
'Ramadhan kali ni aku nak cuba baiki dri..lama dha rasanya x buat amalan sunat..rasa aku ni x pndai menyambut bulan ramadhan..tp kali ni aku nak cuba supaya sejarah silam x kembali lagi.."sebenarnya itulah yg selalu bermain di fikiran bila ramadhan kembali lagi..tp ap blh buat..kita hnya insan biasa..setiap perkara pasti Allah SWT akn uji tahap kesabaran dn keimanan hamba-hambaNYA yg bertakwa..mcm aku juga..aku mengharapkan agar ibadah puasa aku sempurna dimata Allah SWT..
org yg mensia-siakn puasanya seperti contoh semasa berbuka lupa yg masa uhh bulan ramadhan..rasa dunia 2 dia yg punya..pelbagai jenis air, bermacm- macm warna dan rasa..kuih x thu la berapa jenis..belum termasuk lauk pauk..pendek kata,,x ad ruang lagi di atas meja uhh..akhirnyaa..semua mkanan 2 akn dimasukkan ke dlm tong sampah krna perot x dpt menampung beban makanan yg banyak..membazir je kan??
 tetapi puasa org2 yang dekat dengan Tuhan, tidak berpenghujung. Tidak dimulai dengan syuruk dan tidak diakhiri dengan ghurub. Tidak dapat dihitung dengan bilangan jam dan batasan waktu. Malah dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan mengharap redha Allah. PUASA MEREKA DIIRINGI DENGAN RASA BERTUHAN YANG MENDALAM DAN RASA HAMBA YANG  MEKAR MEMBUNGA. Dirasakan Ramadhan inilah rahmat dan kasih sayang Tuhan itu melimpah-ruah.
Pernah Rasulullah SAW, manusia yang agung bersabda: “Ada orang yang berpuasa tapi tiada baginya pahala, yang dapat hanyalah lapar dan dahaga”.
Selanjutnya Rasulullah SAW memberitahu kita supaya banyakkan ibadah di bulan puasa kerana balasannya sungguh istimewa. Ia bulan pengampunan dosa juga bulan dikabulkan doa. Terhimpun kebaikan padanya. Syurga rindu orang yang memuliakannya.
Nabi SAW bersabda: “Siapa berpuasa pada bulan Ramadhan kerana iman dan mengharapkan reda Allah, akan diampuni dosanya yang terdahulu dan kemudian”

lafaz niat puasa ramadha ialah..

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala. 

Inilah puasa yang hakiki..


Oh Ramadhan…kedatanganmu kurindu..kehadiranmu menggamit ketenanganku.


nota kaki..: salam ramadhan ..selamat berpuasa..jgn ponteng2 puasa ye..dan selamat beramal..

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen