Online Diary Bicara Hati..: 18-May-2013

Saturday, 18 May 2013

KERETAKU...COMELNYA...^_^


hai semua..hari ni aku rasa rajin pulak nak update blog..tu pon sebb ada idea yg tetibe datang kalau tak..jgn harap lah aku nak membebel kat blog ni..entry kali ni aku nak cerita pasal kereta..ini bukan pasal kereta kuda,kereta sorong dan juga bukan pasal kereta lembu yg ditunggang pada masa dulu...haha..tapi pasal kereta idaman aku ketika ini..dan aku bercita-cita nak belinya akn dtg..BILA DA CUKUP DUIT NANTI..
actually, ni cerita pasal kereta idaman aku..kalau aku jumpa kereta ni..mmg aku akn jadi jakun dua puluh saat sambil berkata..*comelnya kereta tuhh xpun aku akn ckp..ehh2 kereta impian aku..bila laa aku dapat kereta mcm 2*..dan kawan aku akn ckp..sengal kawan aku sorg ni..haha..
tadaaaa...:)..comel kan kereta kat atas 2..warna putih dihati, purple dan pink disukai..
First,kereta yang aku memang suka sgt ada laa mini cooper.. boleh botak kepala la nak cukupkan duit tabung untuk beli kereta ni.. nampak je kereta kecik tapi harga dia mahal bebenorr.. tapi memang patut kot harga mahal sebab kereta ni comel lotey..* gila comel weh ini keleta.. kalau tak dapat beli,dapat naik pon jadi la kan.. hihi * ..Then,pilihan kedua kereta SWIFT.. kalau tak dapat kereta mini cooper tu dapat swift pon ok apa.. sama sama kecik, sama sama comel.. Pilihan terakhir kalau tak dapat kereta kat atas ni,beli kereta lama pon tak pela kan.kereta KELISA.. janji dia ada mirip, iras, sipi sipi dengan kereta mini cooper & swift.. kecomelan wajah kereta tu still hado hokeyh..okey kena start menabung dari skrg ni..haha...

HARTA DUNIA HANYA SEMENTARA
tapi korang kena igat..harta dunia xleh bawa ke akhirat..kerana Segala kesenangan hidup di dunia adalah semata-mata ujian daripada Allah SWT dan amanah-Nya. Mereka yang berjaya menunaikan amanah Allah SWT akan menikmati ganjaran syurga di akhirat manakala mereka yang hanyut dengan keseronokan dunia dan gagal menunaikan amanah yang diberikan oleh Allah SWT akan ditimpa azab seksa di akhirat. Sesungguhnya syurga adalah ganjaran dan nikmat yang lebih baik daripada segala kesenangan hidup di dunia. 
Benarlah perumpamaan di dalam Al-Quran yang menyebut bahawa nikmat dunia hanyalah permainan yang melenakan yg sesungguhnya tidak mampu memberikan kepuasan sejati kepada manusia. Sesungguhnya nikmat yang sebenar-benarnya hanyalah di dalam syurga Allah SWT..

bersederhanalah kita dengan dunia,
tetapi bukan meninggalkan dunia,
dan tak juga melupakan akhirat..
didunia tempat kita menanam kebaikan dan pahala..
diakhirat tempat kita menuai, dan memperoleh hasilnya..\

kesimpulan: masyarakat sekarang lebih mengutamakan harta dunia daripada amalan beharga yg dapat dibawa ke akhirat..berlumba-lumba mencari harta dunia..sedangkan nikmat itu hanya sementara..sama2 laa kita muhasabah diri kita..wsalam..


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen